*Apa itu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja?

Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah satu perkara/peraturan bagi memastikan setiap pekerja bekerja di dalam keadaan selamat dan sihat bagi jangka masa pendek ataupun panjang.Pelbagai cara untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin seperti memberi latihan kepada pekerja, memberitahu pekerja apa itu hazard dan di mana hazard berada, melatih penggunaan PPE dan cara menyelenggara.Ini wajib diguna pakai oleh setiap majikan dalam memastikan pekerja mereka bekerja dalam keadaan baik dan selamat ini sekaligus dapat meningkatkan kualiti syarikat seperti yang termaktub dalam akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA 1994).

No comments: